Wednesday, November 16, 2005

Mangsa buli

Dulu masa aku sekolah rendah [SK Toh Johan, Trong].. aku selalu kena buli dgn sorang budak pompuan sekelas dgn aku. Masa tu aku darjah 2-3. Dia ni tinggal satu quarters dgn aku. Bapa kami kerja sama tempat.

Kat sekolah aku antara top student. Tapi pendiam. Maklumlah masa tu baru pindah sekolah. Sebelum tu masa darjah satu aku duduk dgn Tok aku. Sekolah kat SK Laksamana Port Weld [Kuala Sepetang]. Masa tu tak ada org yg berani buli. Aku murid kesayangan cikgu.

Masuk sekolah baru, kawan pun baru. Tapi yg sorang ni pembuli. Pernah sekali tu aku kena tangkap dgn cikgu masa aku tengah buat homework dia dlm kelas. Aku ingat lagi nama cikgu tu, Cikgu Ramli. Cikgu tanya aku buat apa? Cikgu check buku latihan, tengok2 bukan buku aku. Cikgu tanya kenapa aku buat homework Fxxxxx? Aku kata dia suruh. "Jadi, klu dia suruh buat kerja rumah dia, awak buat?". Aku angguk. "Klu dia suruh makan txxi, awak makan?". Aku ter'angguk'.. eh..eh.. cepat2 aku geleng. Terkena aku! Tapi lepas tu aku tak kena lagi buat homework dia.

Fxxxxx dua kali curi duit aku. Itu yang aku ingat. Bukan nak tuduh, tapi dah tak dak org lain yg boleh disyaki. Sekali masa kelas Pendidikan Jasmani. Aku simpan duit dlm bekas pensil. Kat padang, cikgu tanya siapa yg ada pisau kecik [nak potong apa ntah].
Fxxxxx sibuk ja bagitau cikgu yg aku ada. Aku nak pegi amik dlm kelas. Tapi dia yg lebih dulu lari ke kelas dan amik pisau tu. Bila aku sampai tengok duit dlm tu dah tak. Waaa!!! Tak dak duit la utk aku mkn masa rehat hari tu. Tapi aku tak berani report kat cikgu. Takut!!!

Sekali tu masa dia dtg kat rumah aku.. aku simpan duit dlm laci study table aku. Adalah dlm RM15 kut. Hasil duit yang aku kumpul selama ni. Masa tu aku kecik lagi, so RM15 kira banyak sgt dah. Sedih sgt bila aku tengok duit dah tak dak dlm laci tu. Bila aku bagitau emak, emak tanya macam mana
Fxxxxx tau ada duit dlm tu? Aku rasa dia tanya aku, dan aku ter'bagitau' kat dia.

Tapi tak lama lepas tu dia ikut bapak dia pindah tempat lain. Masa tu aku djh 4 kut. Aku jumpa dia balik rasanya masa aku form 3/4. Tak ingat dah..

3 comments:

Anonymous said...

nasib baik la budak tu idup zaman dia...kalau zaman org la...apa agaknya jd kt dia ye...hmmmmmmmmmm
ingat lg cite budak cina dlm bas sekolah yg kena penyepak n kena kacang hijau yg dituju dgn straw(sakit wooo..sampai nangis diaorg) tu sbb buli org.....

dhill said...

oii, dia idup sampai zaman la ni tau! Tp rasanya tu masa kecik2 je kut.. dah besaq sure lain!!

Anonymous said...

opsss...salah lak,nasib baik bkn di zaman org(sebaya).dye tu nasib baik kot.anak cina yg kt tmn kaya tu nasib x baik.hehehehehe...kalau x naya dye.ada jumpa ke masa besaq nie??