Walaupun setnya tak berapa nak sama macam rumah Arwah Wan aku kat kampung, tp aku mmg teringat suasana menyambut raya kat kampung. Especially bila malam raya. Aku sibuk tengok Wan aku bakar lemang. Dulu bakar lemang bila dah confirm raya .. iaitu selepas Penyimpan Mohor Besar Raja2 buat announcement. Klu raya besoknya, kelam kabut le nak kena buat preparation utk bakar lemang & masak lauk. Klu lusanya, ok le sikit.
Paling best masa kecik2 dulu main mercun & bunga api. Termasuk le tengok Arwah along aku (pak long sebenarnya, abg mak aku) main meriam.. berlawan dgn org kampung kat situ. Klu Pak Tam aku balik lagi best, dia biasanya bukan saja bawak balik bunga api & mercun banyak gila.. siap ada bom asap lagi .. itu kes cilok le tu. Dia dulu komando, so illegally bawak balik benda tu klu dpt balik raya. Aku rasa skrg nipun ada lagi yg cilok benda tu. Coz aku penah nampak ada org letupkan bom tu kat Pantai Kelanang baru masa pi fishing kat situ.
Cantik deko kacang putih display kat gerai ipoh kacang putih ni..
Hubby depan one of the hut kat midvalley.
Hubby depan one of the hut kat midvalley.
2-3 hari ni aku teringat masa aku umur 11-12 tahun first time emak beli kasut raya yg bertumit kat aku. Tak le tinggi sgt, dlm 3/4 inci kut. Or maybe 1 inci. Warna merah hati & aku tersangat le suka kasut tu. Lepas beli aku asyik le menerai (trying) kasut tu.. tak sabar nak pakai raya. Mmg masa kecik dulu mcm tu.. klu beli baju atau kasut raya, asyik la mencuba.